Saturday, April 26, 2008

Kenali Khalifah Anda...

Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah

Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya…..

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan….

Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat………..kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini….hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan ornag yang benar - benar ikhlas…..

Thursday, April 24, 2008

Kenali Khalifah Anda...

Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Biodata Ringkas
Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin HakamNama Ibu : Laila binti ‘Asim bin Umar bin Al-KhatabT/Lahir : 61HUmur : 39 tahunTarikh M/Dunia : 101HJawatan : Khalifah Ke 6 Bani UmaiyyahTarikh Lantikan : Safar 99H @ 717MLama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Pendidikan
Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.
Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)

Sifat-Sifat Peribadi
Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.
Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;“Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah.”
“Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya”
“Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat.”
“Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin”.
“Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya.”
“Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : “Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga” Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang”

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :
1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : “Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan”
2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : “Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah”
3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : “Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : “Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil”.” Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya”.
4) Qais bin Jabir berkata : “Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun”
5) Hassan al-Qishab telah berkata :”Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz”
6) Umar b Asid telah berkata :”Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :”Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu”. Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya”
7) ‘Atha’ telah berkata : “Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha’ setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka.”

Wednesday, April 23, 2008

5 Tahun Yang Mengajar Erti Kehidupan...

Hari ini kurasakan amat bersyukur terhadap segala nikmat yang masih aku kecapi. Manakan tidak, segala perlakuanku hanya dengan kurniaNYA... Telah berlalu 5 tahun alam menara gading. Tinggal beberapa hari saja lagi untuk ku mengakhiri pengajianku selama 5 tahun yang berlalu.

Alam yang penuh dengan keistimewaan. Ternyata banyak yang dapatku pelajari di alam ini termasuklah ilmu agama, ilmu kehidupan, ilmu bermasyarakat dan banyak lagi...

Tapi yang paling penting, sepanjang ku melalui alam ini, banyak ilmu berkaitan agama telah kupelajari. Disini ku mengerti pentingnya ISLAM yang kuanuti. Disini jugalah ku mengerti erti knapa aku menganut ISLAM, ku hayati akhlak Rasulullah S.A.W insan mulia, ku sedari tanggungjawabku terhadap islam, ukhwah kerana ALLAH, dunia perjuangan mendaulatkan agama ALLAH yang penuh dengan onak dan duri, dan banyak lagi.


Ternyata ini semua membimbing ku lebih dewasa dalam menyediakan diriku bagi menghadapi alam pekerjaan yang lebih mencabar. Ia juga diharap sebagai pembimbing diriku dalam mencari keredhaan YANG MAHA PENCIPTA...

tO bE cONTINUE...

MAJULAH ISLAM UNTUK SEMUA

Friday, April 18, 2008

JasaMU SEGAR Di Ingatan

Hari ini diriku telah berjaya
Siapa yang menduga diriku akan
berjaya sebegitu rupa
Aku sendiri pun seakan tak percaya
semua memuji kebolehan
memuji kepintaran yang ada,
tapi aku tahu,
ada seorang yang berjasa di sebalik kejayaan tersebut
seorang yang bukan ingin disanjung
atau diberi penghormatan
tanpa orang itu
Mungkinkah diriku berada disitu..
orang itu pernah aku keluhkan
aku permainkan
aku mengumpat dan meluat,
Tapi orang itu tetap tak mengalah
dalam menegakkan kebenaran
dalam mengajarku menilai kehidupan...
orang itu terus tekun mendidikku
dan membimbingku
Menjadi insan berguna,
jika tiada orang itu diriku akan terus hanyut
dalam keseronokkan zaman remaja
tanpa mengira yang mana salah yang mana benar
yang penting seronok
Dan diriku berterima kasih kepada orang itu
INSAN bernama GURU…

Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Salam Pembuka Bicara...

Salam buat semua.....Hari ini, hati ini tergerak untuk menulis disini. Entah apa dah jadi dengan hati ini.....buat tu tak kena buat ni tak kena. Dalam kesibukkan sahabat2 lain mengerah keringat berhadapan dengan suasana peperiksaan, diriku sebaliknya. Terasa tenang walaupun realitinya masih banyak perkara yang perlu diselesaikan. Mungkin hari ini banyak sangat perasaan induku terhadap perkara2 yang pernah mewarnai kehidupanku suatu kitika dahulu. Ku hitung dan ku kira setiap yag telah ku lalui. Rupanya-rupanya ku dah tiba ke penghujung pengajian ku. Setelah 5 tahun berusaha akhirnya ku tiba juga di pintu gerbang sebagai seorang graduan buat kali kedua... 5 tahun yang banyak mengajarku untuk berfikir demi agama, 5 tahun yang banyak mengajarku erti persahabatan, 5 tahun yang mengajarku erti ilmu, 5 tahun yang banyak membuahkan memori indah suka duka dalam mangharungi perjuangan. 5 tahun itu jugalah telah ku hilang bagi meneruskan hidup ini sebelum bertemu YANG MAHA ESA.
Tapi semuanya itu telah ditinggalkan. Moga semua yang telah berlaku sentiasa mendapat RAHMAT dan KEREDHAAN ALLAH S.W.T. InsyaALLAH d kesempatan yang lain akan ku kongsikan lagi segala yang bermanfaat buat semua.

MAJULAH ISLAM UNTUK SEMUA.

Ayuh Kita Kenali Mereka...

SAHABAT-SAHABAT RASULULLAH YANG MENINGGAL DI SYRIA

Mungkin diantara sebab bumi Syam ini berkat, jasad para sahabat baginda Rasulullah ini disemadikan di sini.
1. Saidina Bilal Bin Rabah. Radhiallah anhu.
2. Saidina Abu Darda Radhiallah anhu
3. Saidina Khalid Bin Said Radhiallah anhu
4. Saidina Said Bin ‘Amir Radhiallah anhu
5. Saidina Nu’man Bin Bashir Radhiallah anhu
6. Saidina Sharahbil Bin Hasanah Radhiallah anhu
7. Saidina Abu Umamah Al-Bahili Radhiallah anhu
8. Saidina Dihyah Bin Khalifah Radhiallah anhu
9. Saidina Wabisah Bin Ma’bad Radhiallah anhu
10. Saidina Fadhalah Bin Abid Radhiallah anhu
11. Saidina Sauban Bin Bujdud, Radhiallah anhu Khadam Rasul
12. Saidina Hujr Bin ‘Adi Radhiallah anhu
13. Saidina Salamah Bin Hisham Radhiallah anhu
14. Saidina Auf Bin Malik Radhiallah anhu
15. Saidina ‘Iiyad Bin Ghanam Radhiallah anhu
16. Saidina Syamun Bin Yazid Radhiallah anhu
17. Saidina Wasilah Bin Al-Asqa’ Radhiallah anhu
18. Saidina Aus As-Saqafi Radhiallah anhu
19. Saidina Busr Bin Jihash Radhiallah anhu
20. Saidina Miqdam Bin Ma’diyakrib Radhiallah anhu
21. Saidina Lujaj Al-‘Amiri Radhiallah anhu
22. Saidina Mu’awiyah Bin Abi Sufyan Radhiallah anhu
23. Saidina Yazid Bin Abu Sufyan Radhiallah anhu
24. Saidina Saad Bin Ubadah Radhiallah anhu
25. Saidina Sahal Bin Hanzaliah Al-Ansari Radhiallah anhu
26. Saidina Wahshi Bin Harb Radhiallah anhu
27. Saidina ‘Irbad Bin Sariah Radhiallah anhu
28. Saidina Amr Bin ‘Abasah As-Salmi Radhiallah anhu
29. Saidina Abdullah Bin Busr Al-Mazini Radhiallah anhu
30. Saidina Safinah (Khadam Rasul) Radhiallah anhu
31. Saidina Syurahbil Bin Simt ((السمط Radhiallah anhu
32. Saidina Abu Marsad Al-Ghanawi Radhiallah anhu
33. Saidina Mutallib Bin Rabi’ah Radhiallah anhu
34. Saidina Saad Bin Tamim Radhiallah anhu
35. Saidina ‘Alqamah Bin ‘Ulasah Radhiallah anhu
36. Saidina Salamah Bin Nufail Radhiallah anhu
37. Saidina Shaddad Bin Syurahbil Radhiallah anhu
38. Saidina Syrahbil Bin Aus Radhiallah anhu
39. Saidina Abdur Rahman Bin Abi Umairah Radhiallah anhu
40. Saidina Mudrik Bin Ziyad Radhiallah anhu
41. Saidina ‘Ala Bin Wahab Radhiallah anhu
42. Saidina Abdullah Bin Sufyan Radhiallah anhu

Semoga nama-nama mereka sentiasa dalam jiwa kita bersama...

Thursday, April 17, 2008

Munajat Tuan Guru

“Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamu yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.”

“Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami.”

“Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.” “Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongan. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia.”

“Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah.”

“Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungan dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.”

“Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian.”