Thursday, May 1, 2008

AIRMATA SEORANG NAQIB(edisi UTMKL 1)...


Masih segar ketika kita mula-mula bertemu. Tidak ada yang lebih berbahagia di dalam hati
ini selain melihat wajah-wajah ceria pelajar-pelajar baru yang menjejakkan kaki ke
sebuah pusat menara gading yang merupakan impian semua remaja. Sudah tentu ayah bonda
menginginkan suatu yang terbaik buat kalian yang baru menjejak kaki di alam baru yang penuh mencabar ini. Mahukan engkau menjadi orang yang terpelajar dan berguna
kepada mereka, kepada agama dan kepada negara.

Ketika hari pendaftaran, kami para ajk minggu haluan siswa sama-sama menunjukkan diri melihat muka-muka kalian. Kalian adalah ibarat rahmat buat semua ajk2 kerana dari kalian kami(ajk2) mendapat ketenangan dan kesejukan hati. Bagaimana..? akan ku ceritakan segala-galanya nanti! Kemudiannya kalian di heret ke sana kemari dengan minggu pengenalan. Kalian didedahkan dengan apa yang ada ditempat belajar yang baru ini.
Tak lain tak bukan ialah dengan harapan moga kalian dapat berkenalan dan saling kenal-menganali dengan cepat di alam baru ini. Kalian dilatih bersolat jamaah dan berma’thurat sama-sama. Kalian dibahagikan di dalam LDK sehinggalah kalian akhirnya menjejakkan kaki ke malam terakhir mingguan pengenalan.

Di waktu ini, kami para ajk minggu haluan siswa sibuk mengintai-ngintai kalian untuk dijadikan sebagai anak usrah. Bukan wajah dan gaya… tetapi watak dan budi. Manakah di antara kalian
yang akan bersama dalam menggerakkan dan menyuburkan ISLAM di kampus ini? Manakah di kalangan kalian yang akan mewarisi perjalanan yang telah di lalui?

Diriku mengetahui dan menyedari.. kalian datang dengan keinginan yang berbeza. Ada yang ingin mendapat segulung sijil yang nantinya akan dipersembahkan kepada ibu dan ayah. Ada yang tertolak kerana ayah dan ibu menghendaki demikian. Itu semua menjadi pengetahuan untuk diriku…

Ringkasnya, akhirnya kalian dibahagikan didalam usrah-usrah. Maka kita sama-sama saling mengenal, mendengar dan memberi. Bercerita dan membaca. Berbincang dan bermesra.
Itu satu titik permulaan yang indah dalam pengalaman hidupku. Mengenali insan yang belum ku kenali dan tak punyai hubungan secara langsung kecuali sebagai persaudaraan sesama ISLAM.
Kita kemudian bertemu lagi pertemuan usrah mingguan. Duduk dan mendengar.. bersukan bersama2, makan bersama2 dan sekali sekala makan dalam dulang bertemu kepala dengan kepala. Kesemuanya menjadi detik manis dan kenangan yang mungkin sukar dilupakan.
Dari situlah kesemuanya bermula… Ku cuba memerhati dan cuba mengenal. Siapakah dari kalangan kalian yang sudi untuk bersama lebih memahami apa yang sedang ku
fikirkan?

Ku hanya ingin mengongsi beban yang sedang kami cuba pikulkan selama ini. Beban yang begitu berat dan tidak mampu ditanggung ku tanggung sebagai insan yang lemah ini. Bebannya berat dan perjalanannya panjang. Hasilnya belum tentu diperolehi di masa terdekat.
Ku berfikir dan berfikir … bagaimanakah cara terbaik untuk mengenali siapa dari kalian yang berminat dan cuba melihat adakah kalian telah mengenali kewujudan diri kalian di dunia ini.

Melalui usrah… main bersama2, puasa bersama2 dan banyak lagi. Semuanya adalah kerana cuba mengenali kalian.. disamping untuk memberi sedikit sebanyak kesedaran dan
ilmu.

Akhirnya …

No comments: