Monday, January 12, 2009

Yang Saya Mampu...



Sejak akhir-akhir ini, dunia dikejutkan dengan tindakan kejam seteru utama ISLAM iaitu yahudi dengan serangan yang kejam ke atas umat ISLAM di sana. Sehingga kini, beribu-ribu insan yang tidak berdosa terkorban akibat kerakusan pihak yahudi. Pihak yahudi menggunakan segala kuasa yang mereka ada untuk menunjukkan kekuatannya dan memalukan ISLAM itu sendiri.


Terdapat hadis junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W " Jika engkau melihat sesuatu kezaliman, maka bantulah orang yang dizalimi dan orang yang menzalimi". Jika kita teliti mafhum hadis tersebut, maka kita dapati menjadi tanggungjawab kita untuk membantu penduduk palestin yang sedang dizalimi dan juga kita perlu membantu pihak yahudi yang sedang berlaku zalim. Terdapat banyak cara yang sedang digunakan untuk membantu pihak palestin seperti menghulurkan sumbangan derma, berdoa kepada ALLAH untuk keselamatan palestin, dan banyak lagi.






Persoalannya, apakah bantuan yang patut dan perlu kita buat untuk membantu pihak yahudi yang zalim ini??? Pada hemat saya, tindakan yang sewajarnya kita(umat islam) lakukan ialah berhenti dari terus bersekongkol dengan pihak tersebut. Tindakan ini menuntut kita memboikot apa jua barangan yang ada kaitan dengan pihak yahudi dan sekutu-sekutu mereka.








Pemboikotan ini kenalah berterusan dan mana-mana produk yang hendak diboikot beri satu produk alternatif supaya pengguna mempunyai pilihan.Buat permulaan kurangkan sedikit demi sedikit penggunaan produk tersebut dan seterusnya terus "TIDAK MEMBELI" produk-produk syarikat yang menyokong Israel.


Saya kira ini lah sedikit sumbangan yang kita dapat berikan tanda sokongan dan jihad kecil kita bagi membantu saudara-saudara seISLAM kita di palestin.



Majulah ISLAM untuk semua...

No comments: