Thursday, October 23, 2008

Rindu Pada Permata Hatiku...









Malam ini ada hati merindu..
Rindu yang selalu bertamu,
Membuatkan jiwa ingin selalu dekat denganmu,
Membuatkan diri ingin selalu pulang ke pangkuanmu.

Malam ini ada air mata mengalir..
Tatkala mengenangharimu yang selalu sepi,
Pabila permata-permata hatimu jauh disisi,
Demi mencari rezeki dan menimba ilmu.
FirmanNya dalam Surah Luqman ayat 14 yang bermaksud:"Dan Kami
wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal
mengandung hingga akhir menyusunya),dan tempoh menceraikan susunya ialah
dalam masa 2tahun;(dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada
kedua ibubapamu;dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima
balasan).


Ibu ayah,
betapa diri ini amat menghargaimu..
atas segala yang tercurah padaku,
kau membelaiku dengan kasih sayang,
kau siramku dengan doa harapan.


Ibu ayah,
betapa diri ini amat mengasihimu..
ingin ku jadi penyejuk matamu,
sentiasa mendampingi dan membahagiakanmu,
walau di hari tuamu..


Ibu ayah,
maafkan anakmu,
andai ada rajukku,
jika ada silapku,
inginku kucium tanganmu,
inginku kukucup pipimu,
FirmanNya dalam Surah Al-Isra' ayat 23-24 yang bermaksud:"Dan Tuhanmu telah
perintahkan,supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-
mata,dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.Jika salah seorang dari
keduanya, atau kedua-duanya sekali,sampai kepada umur tua dalam jagaan dan
peliharaanmu,maka janganlah engkau berkata kepada mereka sekalipun perkataan
“Aah”,dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah
kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".



"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanyakerana belas kasihan dan
kasih sayangmu,dan doakanlah: “Wahai Tuhanku!Cucurilah rahmat kepada mereka
berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan
mendidikku semasa kecil."



Ibu ayah,
ku akan sentiasa merinduimu,
sentiasa mendoakanmu,
agar dirimu sentiasa dilindungiNyadalam perjalanan hidup ini,
jua agar kita sama2 beroleh bahagiamenyambung kasihsayang ini disyurgaNya kelak..InsyaAllah..
FirmanNya dalam Surah Ar-Rad, ayat 23-24 yang bermaksud:"Iaitu Syurga yang
kekal yang mereka akan memasukinyabersama-sama orang-orang yang
mengerjakan amal solehdari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-
anak mereka;sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-
tiap pintu.

""(Memberi hormat dengan berkata): “Selamat sejahteralah kamu berpanjangan,
disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia
dahulu...
"p/s: menerima panggilan ayah dan juga kakak pada hari ini menyebabkan hati begitu rindu pada ibu ayah. Menitis air mata ini apabila mengingati mereka. Doakan anakmu yang masih dalam perjuangan ilmu ini..




No comments: